Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 4 kes baru COVID-19; kesemuanya kes import

Singapura melaporkan empat kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (13 Okt), dengan kesemua kes yang dilaporkan itu adalah kes-kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 4 kes baru COVID-19; kesemuanya kes import

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 13 Oct 2020 04:04PM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 04:06PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan empat kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (13 Okt), dengan kesemua kes yang dilaporkan itu adalah kes-kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes-kes import itu sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Tiada kes dalam masyarakat atau jangkitan di dormitori dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura sebanyak 57,884.

Butiran lanjut mengenai kes-kes baru hari ini akan diumumkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan