Skip to main content

S'pura lapor 3,637 kes baru COVID-19, 14 kematian

Singapura melaporkan 3,637 kes baru COVID-19 setakat tengah hari pada Jumaat (22 Okt) dan lagi 14 kes kematian disebabkan komplikasi akibat virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,637 kes baru COVID-19, 14 kematian

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 22 Oct 2021 11:11PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 11:14PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 3,637 kes baru COVID-19 setakat tengah hari pada Jumaat (22 Okt) dan lagi 14 kes kematian disebabkan komplikasi akibat virus tersebut.

Kes-kes kematian itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita. Ini termasuk seorang pesakit berusia 41 tahun yang sudahpun divaksin terhadap COVID-19 tetapi lemah imun dan menghidap penyakit paru-paru yang teruk, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Lagi 13 pesakit lain yang meninggal dunia berusia antara 59 dengan 97 tahun. Tujuh daripada mereka belum divaksin, seorang belum lengkap divaksin dan lagi lima sudah divaksin sepenuhnya.

Kesemua mereka mempunyai menghidap penyakit lain. MOH bagaimanapun tidak memberi perincian tentang keadaan-keadaan perubatan yang dialami mereka.

Kes-kes kematian itu membawa angka korban akibat COVID-19 di Singapura kepada 294.

Jumlah kes baru itu naik berbanding 3,439 kes baru yang dilaporkan pada Khamis.

Daaripada jumlah itu, 3,631 kes adalah jangkitan tempatan, dibentuk oleh 3,039 kes dalam masyarakat dan 592 di dormitori pekerja hijrahan.

Terdapat enam kes import, menurut MOH dalam kemas kini harian yang dikeluarkan kepada media sekitar pukul 10.45 malam.

Setakat Jumaat, Singapura melaporkan 165,663 kes COVID-19 secara keseluruhannya sejak pandemik itu melanda negara.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita