Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 218 kes baru COVID-19 termasuk 1 kes dalam masyarakat

Singapura mengesahkan 218 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (22 Jun), termasuk satu kes dalam masyarakat. Ini membawa jumlah keseluruhan kes di Singapura kepada 42,313.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 218 kes baru COVID-19 termasuk 1 kes dalam masyarakat

Ramai orang kelihatan berjalan-jalan di Orchard Road di hari pertama Singapura melangkah ke Fasa 2. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Jun 2020 03:58PM Dikemas Kini : 22 Jun 2020 04:01PM

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 218 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (22 Jun), termasuk satu kes dalam masyarakat. Ini membawa jumlah keseluruhan kes di Singapura kepada 42,313.

Kes dalam masyarakat adalah seorang pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemaskini hariannya.

Kebanyakan kes baru adalah pemegang pas kerja yang tinggal di dormitori.

Tiada kes baru yang melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Singapura memasuki Fasa 2 pasca tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Orang ramai kelihatan membanjiri kawasan Orchard Road setelah kedai-kedai dibuka dan pelanggan dibenarkan menjamu selera di tempat-tempat makan.

Khidmat ibadat juga dibolehkan mulai Jumaat ini (26 Jun) dengan sehingga 50 orang dibenarkan pada satu masa.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan bahawa solat berjemaah bermula semula Jumaat ini. Jemaah boleh berdaftar secara online mulai Rabu dalam sistem yang dibangunkan badan tersebut.

Masjid-masjid akan melaksanakan langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19 dan semua jemaah harus memakai pelitup serta menjaga jarak selamat pada setiap masa. Khutbah dan solat pula akan dipendekkan kepada maksimum 20 minit.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan