Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 2,304 kes baru COVID-19; 14 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,304 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (13 Nov), dengan lagi 14 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,304 kes baru COVID-19; 14 kematian

Gambar: Hanidah Amin

Diterbitkan : 13 Nov 2021 11:56PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 11:57PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,304 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (13 Nov), dengan lagi 14 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 13 Nov: 2,304 meningkat daripada 3,099 kes pada Jumaat.

Kes baru dalam masyarakat: 2,179
Kes import: 5
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 120

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 235,480

KEMATIAN

Kes kematian pada 13 Nov: 14
Usia: 61-94 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 576

Kesemua yang meninggal dunia, kecuali satu kes belum lengkap divaksin, mempunyai pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.98, berbanding 1.04 yang dicatatkan pada Jumaat.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,574 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 253
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 51
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 72
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 66.3 peratus

Seramai 2,539 pesakit dibenarkan pulang dengan 389 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 20 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan