Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 2,038 kes baru COVID-19 & 6 kematian; kadar ICU susut ke paras bawah 60%

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,038 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (18 Nov), dengan lagi enam pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,038 kes baru COVID-19 & 6 kematian; kadar ICU susut ke paras bawah 60%

Gambar: Marcus Mark Ramos

Diterbitkan : 18 Nov 2021 11:33PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 11:34PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,038 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (18 Nov), dengan lagi enam pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 18 Nov: 2,038

Kes baru dalam masyarakat: 1,964
Kes import: 7
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 67

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 246,853

KEMATIAN

Kes kematian pada 18 Nov: 6
Usia: 57 - 84 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 625

Kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.90, naik sedikit berbanding 0.89 yang dicatatkan pada Rabu.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,435 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 226
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 53
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 60
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 58.8 peratus

Seramai 3,772 pesakit dibenarkan pulang dengan 528 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 22 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

(Gambar: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan