Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 1 kes COVID-19 tanpa hubung kait; pertama seumpamanya dalam 5 hari

Sebanyak tiga kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari Jumaat (2 Jul), termasuk satu yang tidak berhubung kait.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1 kes COVID-19 tanpa hubung kait; pertama seumpamanya dalam 5 hari

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 11:21PM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 11:23PM

SINGAPURA: Sebanyak tiga kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari Jumaat (2 Jul), termasuk satu yang tidak berhubung kait.

Ini adalah kes dalam masyarakat tanpa hubung kait yang pertama dalam tempoh lima hari.

Dua kes yang terkait dengan kes-kes terdahulu dikesan melalui pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Satu daripada kes itu terkait dengan kelompok 105 Henderson Crescent, yang kini mempunyai 18 jangkitan secara keseluruhannya.

(Rajah: MOH)

Kelompok melibatkan para pekerja pembersihan dari Hong Ye Group ditutup setelah tiada kes positif baru yang berhubung kait dengannya selama tempoh 28 hari lalu, tambah MOH. Kelompok itu pertama kali dikenal pasti pada 26 Mei.

Kini terdapat 29 kelompok aktif di Singapura dengan antara tiga hingga 93 kes jangkitan.

Selain itu, terdapat tujuh kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Empat daripadanya dikesan sejurus tiba di Singapura manakala lagi tiga diuji positif koronavirus semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Tiada jangkitan baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhannya, 10 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat.

KES DI HOSPITAL

Sebanyak 119 kes kini dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, sembilan merupakan kes serius yang memerlukan bantuan oksigen tambahan, manakala lagi dua dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Hari ini adalah hari kedua berturut-turut jumlah kes yang berada dalam keadaan kritikal sudah merosot.

Sepanjang 28 hari lalu, terdapat 24 kes tempatan yang memerlukan bantuan oksigen tambahan, dimasukkan ke ICU atau meninggal dunia. Daripada jumlah itu, 21 belum menerima vaksinasi manakala tiga menerima hanya suntikan dos pertama.

Singapura sudahpun memberikan 5,551,613 dos vaksin COVID-19 di bawah program vaksinasi negara setakat Khamis. Lebih 2.1 juta orang sudahpun divaksin sepenuhnya.

Sehingga Jumaat, Singapura melaporkan sebanyak 62,599 kes dan 36 kematian akibat COVID-19.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan