Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 1,782 kes baru COVID-19; lagi 5 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,782 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Selasa (23 Nov), dengan lagi lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,782 kes baru COVID-19; lagi 5 kematian

Gambar: Marcus Mark Ramos

Diterbitkan : 23 Nov 2021 10:47PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 10:50PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,782 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Selasa (23 Nov), dengan lagi lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 23 Nov: 1,782

Kes baru dalam masyarakat: 1,754
Kes import: 7
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 21

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 255,431

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Nov: 5
Usia: 62-92 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 672

Semua lima korban jiwa akibat COVID-19, kecuali satu kes yang belum divaksin, mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.83.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 10 hari berturut-turut berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,389 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 205
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 28
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 64
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 55.2 peratus

Seramai 1,778 pesakit dibenarkan pulang dengan 304 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 24 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan