S'pura lapor 1,633 kes COVID-19 dalam masyarakat, terendah sejak 27 Sep; 16 kematian
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,734 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (19 Nov), dengan lagi 16 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.
Gambar: Gaya Chandramohan
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,734 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (19 Nov), dengan lagi 16 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 19 Nov: 1,734
Kes baru dalam masyarakat: 1,633
Kes import: 4
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 97
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 248,587
KEMATIAN
Kes kematian pada 19 Nov: 16
Usia: 52 - 93 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 641
Kesemua yang meninggal dunia, kecuali seorang yang tidak divaksin, mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.77, berbanding 0.90 yang dicatatkan pada Khamis.
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 1,346 pesakit masih dirawat di hospital.
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 202
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 46
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 64
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 57 peratus
Seramai 2,874 pesakit dibenarkan pulang dengan 456 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 22 peratus
KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU
MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.
(Gambar: MOH)
Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.