S'pura catat 142 kes baru COVID-19; kenaikan tertinggi dalam 24 jam
Singapura mengesahkan 142 kes baru COVID-19 pada Rabu (8 Apr), kenaikan harian tertinggi dicatatkan sejak penularan virus itu bermula pada Januari. Ini sekali gus menjadikan jumlah jangkitan terkumpul di negara ini kepada 1,623 kes.
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Singapura mengesahkan 142 kes baru COVID-19 pada Rabu (8 Apr), kenaikan harian tertinggi dicatatkan sejak penularan virus itu bermula pada Januari. Ini sekali gus menjadikan jumlah jangkitan terkumpul di negara ini kepada 1,623 kes.
55 kes dikaitkan dengan kelompok yang sudah dikenal pasti, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Dua lagi kes baru adalah kes diimport. Usaha pengesanan kontak sedang dijalankan bagi 72 kes manakala 13 lagi dikaitkan dengan kes lain.
Dalam pada itu MOH mengumumkan bahawa 29 pesakit sudah dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat. Secara keseluruhannya, 406 pesakit sudah pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Menurut kementerian itu, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian kes 1604, seorang lelaki warga India berusia 32 tahun, yang merupakan seorang pemegang pas jangka panjang.
Beliau menjalani ujian bagi COVID-19 di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 7 Apr, ,dan dinasihatkan jangan keluar rumah sementara menunggu keputusan ujian itu, menurut MOH.
Imbasan X-ray dada beliau tidak menunjukkan beliau mengalami radang paru-paru.
"Beliau meninggal dunia di rumahnya pada 8 Apr, dan disahkan mengalami jangkitan COVID-19. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian," menurut MOH.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.