Skip to main content

Iklan

Iklan

S Iswaran gesa Dr Tan Cheng Bock, Dr Paul Tambyah dedahkan perincian rancangan mereka sebelum diadakan perbahasan

Calon PAP bagi GRC West Coast S Iswaran menggesa calon pembangkang, Dr Tan Cheng Bock dan Dr Paul Tambyah supaya mendedahkan perincian rancangan mereka sebelum sebarang perbahasan diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
S Iswaran gesa Dr Tan Cheng Bock, Dr Paul Tambyah dedahkan perincian rancangan mereka sebelum diadakan perbahasan

Menteri Perhubungan dan Penerangan & Menteri bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S Iswaran, ketika ditemui semasa berkempen di GRC West Coast. (Gambar-gambar: BERITAmediacorp/Ummu Rabbisyfina)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 06:37PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 06:43PM

SINGAPURA: Calon PAP bagi GRC West Coast S Iswaran menggesa calon pembangkang, Dr Tan Cheng Bock dan Dr Paul Tambyah supaya mendedahkan perincian rancangan mereka sebelum sebarang perbahasan diadakan.

Dr Tan yang mewakili Parti PSP dan Dr Tambyah dari SDP baru-baru ini meminta PAP untuk mengadakan perbahasan TV mengenai pelan pemulihan COVID-19.

Dr Tan dan Dr Tambyah pada Ahad (5 Julai) mencabar para pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Chan Chun Sing dan Gan Kim Yong untuk mengadakan perbahasan itu, selepas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Chan Chun Sing berkata bahawa parti-parti pembangkang tidak mempunyai rancangan untuk memulihkan negara ini daripada kesan pandemik tersebut. 

Menjawab di Facebook pada lewat Ahad, Encik Chan bagaimanapun tidak menerima mahupun menolak saranan tersebut, sebaliknya menggesa parti-parti pembangkang supaya membentangkan rancangan pemulihan mereka secara terbuka kepada para pengundi menjelang Pilihan Raya Umum pada 10 Jul. 

Sehubungan itu, Encik S Iswaran turut menggesa parti pembangkang membentangkan pandangan mereka dengan jelas dahulu. 

"Mereka yang mencadangkan perkara ini perlu membentangkan pandangan mereka secara jelas. Kemudian, anda akan dapat lihat perbezaan dan ada sebab untuk mengadakan perbahasan. Jika tidak, ia sekadar satu saranan yang dilaksanakan pada satu pihak manakala di pihak lain sekadar satu perbahasan tanpa saranan berbeza," ujar Encik S Iswaran.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan