S$4 bilion diagihkan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan pemerintah mulai 28 Mei
Mulai 28 Mei, S$4 bilion akan diagihkan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan pemerintah.
SINGAPURA: Mulai 28 Mei, S$4 bilion akan diagihkan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan pemerintah.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih 140,000 majikan yang terjejas dengan COVID-19.
Menulis dalam laman Facebook pada Ahad (17 Mei), Encik Heng berkata sokongan gaji oleh pemerintah itu sangat besar dengan lebih $20 bilion diperuntukkan bagi skim tersebut menerusi tiga belanjawan yang dibentangkan tahun ini.
Encik Heng menyeru syarikat-syarikat agar memanfaatkan Skim Bantuan Pekerjaan itu untuk mengekalkan para pekerja, semasa masa-masa sukar sekarang.
Beberapa syarikat yang menunjukkan prestasi baik, telah mengembalikan subsidi yang diberikan pemerintah itu.
Encik Heng berharap firma-firma lain yang turut cemerlang akan berbuat serupa.
Menurutnya, banyak syarikat juga telah mendermakan subsidi tersebut.
Di bawah skim tersebut, para majikan akan menerima sokongan 75% gaji pekerja, yang dihadkan kepada S$4,600 pertama gaji pekerja untuk sembilan bulan.
Pembayaran seterusnya akan diberikan pada bulan Julai dan Oktober ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.