Skip to main content

Iklan

Iklan

Rumah mayat di Republik Czech semakin tertekan dengan angka korban tinggi COVID-19

Rumah mayat di Republik Czech kini semakin tertekan ekoran peningkatan pada angka korban akibat jangkitan COVID-19 yang sekali gus menjadikan negara itu yang paling teruk terjejas di Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah mayat di Republik Czech semakin tertekan dengan angka korban tinggi COVID-19

(Gambar: AFP/Michal Cizek)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 03:12PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 03:13PM

PRAGUE: Rumah mayat di Republik Czech kini semakin tertekan ekoran peningkatan pada angka korban akibat jangkitan COVID-19 yang sekali gus menjadikan negara itu yang paling teruk terjejas di Eropah.

Selama berminggu-minggu, Republik Czech menjadi negara paling teruk terjejas di Eropah dari segi kematian baru yang dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Sejak lewat Oktober, jumlah kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan setiap hari oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan 10.7 juta penduduk adalah sekitar 200 kematian berbanding purata 300 kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca.

"Kami sungguh tertekan, jumlah kematian jauh lebih tinggi daripada biasa," kata pemilik sebuah rumah mayat di pusat bandar Tabor, Encik Josef Melich.

"Peningkatannya sekitar 40 peratus. Ia turut merangkumi rumah-rumah persaraan di mana ramai penghuninya meninggal dunia akibat COVID-19. Sungguh menyulitkan," katanya kepada AFP.

Khidmat Persemadian Persekutuan Eropah menyatakan bahawa proses membakar mayat adalah kaedah persemadian yang paling popular di Republik Czech yang mempunyai sebanyak 27 rumah mayat di negara itu.

Pada 2016, lebih 80 peratus mayat rakyat Czech dibakar.

"COVID-19 secara semula jadi adalah satu beban yang sangat berat bagi semua rumah mayat," kata pengarah rumah mayat di Ostrava, Encik Ivo Furmancik.

Kemudahan itu membakar sekitar 11,000 mayat setiap tahun, dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 12,500 tahun ini disebabkan oleh pandemik tersebut.

"Kami bekerja tanpa henti dan sejak gelombang kedua jangkitan bertembung dengan peningkatan kematian semasa musim luruh, kami berdepan dengan masalah kapasiti," luah Encik Furmancik kepada AFP.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan