Robinsons akan tutup cawangan di Jem menjelang hujung Ogos
Robinsons akan menutup cawangannya di pusat beli-belah Jem lewat tahun ini, menurut gedung serbaneka itu pada Rabu (6 Mei).
Gambar fail Robinsons.
SINGAPURA: Robinsons akan menutup cawangannya di pusat beli-belah Jem lewat tahun ini, menurut gedung serbaneka itu pada Rabu (6 Mei).
Cawangan di Jem akan berhenti beroperasi menjelang Ogos menyusuli perbincangan dengan pemiliknya Lendlease, kata gedung itu.
Perbincangan ini sudah berterusan sejak November tahun lalu, dan masa penutupan dijadualkan "dengan persetujuan bersama", menurut jurucakap Robinsons sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
Dua lagi cawangan Robinsons - satu di Pusat Beli-Belah Raffles City dan satu lagi di The Heeren - akan terus beroperasi.
Robinsons menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan para kakitangan untuk memindahkan sebahagian daripada mereka ke cawangan di Raffles City dan Heeren, serta ke jenama peruncit lain di Singapura di bawah Kumpulan Al-Futtaim, termasuk Marks & Spencer, Zara, Pull&Bear, Massimo Dutti dan Stradivarius.
"Bagi yang lain, kami sedang bekerjasama untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru di Jem atau dengan jenama-jenama kami," tambahnya.
Sebagai respons kepada soalan Mediacorp, pemilik, Lendlease menyatakan bahawa ruang yang akan dikosongkan oleh Robinsons itu akan diambil alih oleh sebuah "peruncit antarabangsa baru".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.