Skip to main content

Iklan

Iklan

Ribut kencang menghampiri Tokyo jelang kemuncak temasya Olimpik

Ribut Tropika Mirinae dijangka melanda Jepun pada hari-hari terakhir sukan Olimpik, menurut penganjur temasya itu pada Jumaat (6 Ogos), namun tidak mengumumkan sebarang perubahan pada jadual pertandingan sukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut kencang menghampiri Tokyo jelang kemuncak temasya Olimpik

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 03:57PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 03:58PM

TOKYO: Ribut Tropika Mirinae dijangka melanda Jepun pada hari-hari terakhir sukan Olimpik, menurut penganjur temasya itu pada Jumaat (6 Ogos), namun tidak mengumumkan sebarang perubahan pada jadual pertandingan sukan tersebut.

Agensi kaji cuaca Jepun memberi amaran angin kencang, ombak besar dan risiko berlaku tanah runtuh dan banjir di sekitar pantai timur mulai petang Sabtu (7 Ogos) hingga Ahad (8 Ogos) apabila Mirinae melintasi ibu kota Tokyo.

Majlis penutup temasya Olimpik akan berlangsung pada lewat petang Ahad, dengan acara-acara termasuk polo air dan gimnastik berirama diadakan dalam bangunan di bandar itu sepanjang hari.

Acara perlumbaan berbasikal trek juga dijadual berlangsung di Shizuoka, barat daya Tokyo manakala maraton lelaki bermula pada awal Ahad di bandar selatan Sapporo.

"Kami memantau laluan ribut tropika itu secara tenang dan berhati-hati", kata jurucakap jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 Masa Takaya kepada wartawan.

"Penting bagi kami untuk memaklumkannyasecara objektif, supaya kita dapat mengelakkan sebarang reaksi berlebihan," katanya.

Pada minggu lalu, Jepun dilanda satu lagi ribut yang memaksa pihak penganjur menjadual semula beberapa acara mendayung dan memanah walaupun mereka mempercepatkan pusingan akhir sukan luncur air bagi memanfaatkan ombak yang kuat.

Pada Jumaat, ribut Mirinae berada kira-kira 100 kilometer di bahagian utara pulau Minamidaito, yang terletak di kepulauan selatan Okinawa.

Ribut itu sedang bergerak timur pada kelajuan sehingga 108 kilometer sejam.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan