Skip to main content

Iklan

Iklan

Ribuan kanak-kanak yatim piatu di M'sia angkara COVID-19

Ribuan kanak-kanak di Malaysia menjadi yatim piatu akibat pandemik COVID-19. Kumpulan-kumpulan kebajikan menyatakan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam proses pemulihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan kanak-kanak yatim piatu di M'sia angkara COVID-19

Seorang penggali kubur dalam peralatan perlindungan diri lengkap menggali lubang kubur untuk mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Shah Alam, Malaysia, pada 14 Jul 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Oct 2021 03:57PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 04:03PM

NEGERI SEMBILAN: Ribuan kanak-kanak di Malaysia menjadi yatim piatu akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan-kumpulan kebajikan menyatakan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam proses pemulihan.

Rasanya seperti baru semalam, Nurhairieka Rodzi, 18 tahun, berbual dengan ibu bapanya buat kali terakhir ketika mereka di unit jagaan rapi (ICU) sebuah hospital di Tampin, Melaka.

Kedua-dua ibu bapanya tewas kepada COVID-19 empat bulan lalu.

Kini, Nurhairieka cuba membina semula kehidupan bersama empat adik-beradik lelaki dan seorang ibu saudaranya.

"Saya dapat keputusan SPM tetapi saya tidak sempat beritahu mereka. Keputusan saya okey," ungkap Nurhairieka.

Sementara dua abangnya bekerja di sebuah stesen minyak berdekatan, Nurhairieka menjaga dua adiknya yang berusia 13 dan 7 tahun.

Namun, kedua-dua adiknya itu sukar menumpukan perhatian kepada kelas-kelas online kerana sangat merindui ibu dan bapa mereka.

Lebih memilukan lagi, mereka tidak sempat menatap wajah kedua-dua arwah ibu bapa mereka buat kali terakhir.

"Kebanyakan kanak-kanak ini tidak berpeluang untuk memberikan penghormatan terakhir, hadir upacara pengebumian orang-orang tersayang malah, tidak boleh berjumpa dengan keluarga. Ini merumitkan lagi proses berduka cita," kata Dr Suri Charles, Ahli Psikologi Klinikal Kanak-kanak.

Trauma menyusuli kehilangan ibu bapa juga boleh menjejas pembangunan lebih-lebih lagi jika keadaan di rumah tidak stabil.

Cik PH Wong dari Yayasan Childline berkata ramai kanak-kanak akhirnya dihantar ke rumah anak yatim kerana tidak cukup ramai keluarga titipan.

Meskipun kerajaan Malaysia memberikan bantuan tunai bulanan kepada kanak-kanak demikian termasuk khidmat kaunseling, UNICEF menyeru agar bantuan diperhebat.

Mujur bagi Nurhaireika dan empat adik-beradiknya, ibu saudara mereka tampil untuk membela nasib mereka.

"Tidak cadangkan pun untuk mereka berpisah adik-beradik. Kita kalau dia tidak ada pun, kita ada, hendak beri kebajikan. Makcik ada kan," kata Nizam Haris yang juga seorang suri rumah.

Meskipun sumbangan awam dapat membantu, kaunseling profesional amat genting untuk membantu kanak-kanak sedemikian pulih daripada kesan pandemik. 

Sumber : Agensi berita/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan