Ratusan ribu penduduk Indonesia ingkar larangan COVID-19; pulang ke kampung jelang Lebaran
Di Indonesia, ratusan ribu orang tetap pulang ke kampung halaman mereka menjelang Hari Raya meskipun pemerintah melarang amalan tradisi itu tahun ini bagi membendung penularan COVID-19.
JAKARTA: Di Indonesia, ratusan ribu orang tetap pulang ke kampung halaman mereka menjelang Hari Raya meskipun pemerintah melarang amalan tradisi itu tahun ini bagi membendung penularan COVID-19.
Misalnya, Gabenor Jawa Tengah berkata seramai 600,000 orang sudah tiba di wilayah itu sejak Mac lalu.
Para pegawai kesihatan bimbang virus COVID-19 akan menular ke wilayah-wilayah yang tidak mempunyai peralatan perubatan yang mencukupi bagi menampung ramai pesakitnya.
Kes positif COVID-19 di Indonesia, terus meningkat kepada 12,776 kes, dengan jumlah kematian kini sebanyak 930 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.