Skip to main content

Iklan

Iklan

Ratusan dikuarantin susuli kes COVID-19 di lapangan terbang Shanghai

Pihak berkuasa di Shanghai meletakkan beratus-ratus orang di bawah kuarantin dalam usaha untuk menghentikan penularan terbaru COVID-19 di bandar itu. Ini selepas kes-kes jangkitan dikesan dalam kalangan pekerja kargo di lapangan terbangnya, menurut pemerintah bandar tersebut pada Sabtu (21 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan dikuarantin susuli kes COVID-19 di lapangan terbang Shanghai

Anggota kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai beratur di tapak ujia asid nukleik untuk ujiann COVID-19 pada 20 Ogos 2021. (Gambar: cnsphoto melalui Reuters)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 06:50PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 06:53PM

SHANGHAI: Pihak berkuasa di Shanghai meletakkan beratus-ratus orang di bawah kuarantin dalam usaha untuk menghentikan penularan terbaru COVID-19 di bandar itu. Ini selepas kes-kes jangkitan dikesan dalam kalangan pekerja kargo di lapangan terbangnya, menurut pemerintah bandar tersebut pada Sabtu (21 Ogos).

Sekitar 120 orang yang dianggap sebagai kontak rapat lima pekerja terjangkit di Lapangan Terbang Pudong dikuarantin bersama dengan beratus-ratus individu lain yang disifatkan sebagai kontak tidak langsung.

Dua pekerja kargo itu, seorang rakyat China dan seorang warga Habsyah, tergolong dalam kalangan empat kes tempatan baru di China pada Sabtu. Kesemuanya, negara itu melaporkan 20 kes positif hari ini.

Lagi dua kes tempatan dikesan di wilayah-wilayah Jiangsu dan Hubei. Secara berasingan, kes tanpa hubung kait pertama kali muncul di wilayah-wilayah itu pada Julai lalu.

Perangkaan nasional jatuh dari 33 kes sehari sebelumnya, menurut Jawatankuasa Kesihatan Negara, dengan kes jangkitan tempatan kekal sebanyak empat.

Para pegawai Shanghai kemudian berkata pada Sabtu bahawa mereka mengenal pasti lagi tiga pekerja kargo di Lapangan Terbang Pudong yang disahkan positif.

China juga melaporkan 20 kes COVID-19 tanpa gejala pada 20 Ogos - kesemuanya kes import dan bilangannya tidak berubah daripada hari sebelumnya. China tidak mengambil kira kes tanpa gejala sebagai kes yang disahkan positif.

Tiada kematian baru dilaporkan. Setakat 20 Ogos, China mencatatkan 94,599 kes positif dan 4,636 kematian.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan