Skip to main content

Rakyat New Zealand mungkin dibenar lakukan perjalanan ke sesetengah wilayah Australia sebelum Krismas

Perjalanan antara New Zealand dengan beberapa wilayah di Australia mungkin akan dibenarkan semula sebelum hujung tahun ini, dedah Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat New Zealand mungkin dibenar lakukan perjalanan ke sesetengah wilayah Australia sebelum Krismas

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 11:42AM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 11:45AM

WELLINGTON: Perjalanan antara New Zealand dengan beberapa wilayah di Australia mungkin akan dibenarkan semula sebelum hujung tahun ini, dedah Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin (28 Sep).

Rancangan untuk menyambung semula perjalanan antara Australia dengan New Zealand dirundingkan sejak beberapa bulan yang lalu, sedang kedua-dua negara berusaha untuk membendung penularan COVID-19.

Rundingan itu bagaimanapun tertangguh selepas COVID-19 menular semula di Melbourne dan disusuli dengan gelombang kedua penularan di Auckland.

Dengan penularan virus itu semakin terkawal di New Zealand dan kes-kes jangkitan kian berkurangan di wilayah-wilayah Australia, rundingan tersebut disambung semula.

Menjawab pertanyaan stesen penyiar tempatan TVNZ mengenai sama ada rakyat New Zealand boleh melakukan perjalanan ke beberapa wilayah di Australia sebelum Krismas, Cik Ardern berkata: "Ada kemungkinan ia akan berlaku ."

Menurut Cik Ardern, Australia berpuas hati dengan cara New Zealand mengesan kes jangkitan dan bagaimana negara itu memantau keadaan secara amnya.

Sejauh ini, New Zealand hanya merekodkan 59 kes aktif dan 1,477 kes jangkitan yang disahkan, iaitu antara yang paling rendah di dunia. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita