Skip to main content

Putera William terjangkit COVID-19 Apr lalu

Pihak istana juga belum bersedia untuk mengulas lanjut berhubung perkara itu pada lewat semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera William terjangkit COVID-19 Apr lalu

Putera William dari Britain mengunjungi Rumah Kebun di Peterborough.

Diterbitkan : 02 Nov 2020 11:24AM Dikemas Kini : 02 Nov 2020 11:26AM

LONDON: Putera William dijangkiti COVID-19 pada April lalu iaitu pada masa yang serupa sewaktu ayahnya, Putera Charles dijangkiti virus tersebut, menurut laporan media Britain pada lewat Ahad (1 Nov) sambil menukil sumber Istana Kensington.

Putera William, cucu kepada Ratu Elizabeth dan orang kedua bakal menaiki takhta, merahsiakan diagnosisnya kerana tidak mahu mencemaskan seluruh negara, lapor akhbar The Sun.

"Ada banyak perkara penting yang berlaku dan saya tidak mahu sesiapa risau," kata Putera William kepada seorang pemerhati seperti ditukil oleh akhbar itu.

Beliau dirawat oleh para doktor diraja dan mematuhi garis pandu kerajaan dengan mengasingkan diri di rumah keluarganya.

Akhbar itu turut mendedahkan bahawa Putera William mengadakan 14 panggilan telefon dan sidang video pada bulan April.

"Putera William agak terjejas teruk akibat jangkitan virus itu. Pada satu ketika, beliau sesak nafas dan semua orang di sekelilingnnnya berasa cemas," dedah sumber itu kepada The Sun.

BBC turut mengesahkan berita itu berdasarkan sumber-sumbernya pada lewat malam semalam dengan Istana Kensington dan Pejabat Putera William tidak mahu memberikan komen secara rasmi kepada agensi media itu.

Pihak istana juga belum bersedia untuk mengulas lanjut berhubung perkara itu pada lewat semalam. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita