Skip to main content

Iklan

Iklan

Pusat penyelidikan iklim akan kaji kesan kenaikan paras air laut terhadap S'pura

Pusat bagi Penyelidikan Iklim akan melancarkan Program Paras Air Laut Nasional pada tahun ini bagi mengkaji kesan kenaikan paras air kepada Singapura, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli hari ini (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat penyelidikan iklim akan kaji kesan kenaikan paras air laut terhadap S'pura

Gambar fail Taman East Coast. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 07 Mar 2019 11:44PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 11:52PM

SINGAPURA: Pusat bagi Penyelidikan Iklim akan melancarkan Program Paras Air Laut Nasional pada tahun ini bagi mengkaji kesan kenaikan paras air kepada Singapura, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli hari ini (7 Mac).

Ia bagi membolehkan para saintis lebih memahami kesan perubahan iklim di Singapura, yang dapat membantu negara membangunkan unjuran dan rancangan lebih baik bagi menangani isu tersebut buat jangka panjang.

"Perubahan iklim akan membawa ribut kencang lebih kerap, bermakna lebih banyak banjir. Sebagai kepulauan yang rendah, Singapura terutamanya terdedah kepada kenaikan paras air laut yang boleh memburukkan lagi masalah banjir.

"Untuk membimbing dasar dalam memantapkan Singapura terhadap perubahan iklim, kami perlu membina pengetahuan sains iklim. Ini kerana maklumat terhad tentang perubahan iklim di kawasan tropika. Kami boleh membimbingnya," kata Encik Masagos.

Singapura sudahpun melaksanakan beberapa langkah untuk menangani perubahan iklim.

Ini termasuk kerja-kerja peningkatan di tempat-tempat laluan air dan longkang untuk mengelakkan banjir, menguji sistem solar terapung di kolam-kolam air, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan yang lebih mesra alam.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan