Skip to main content

Iklan

Iklan

Pusat beli-belah, pasar raya antara sektor jalani rejim 'vaksinasi atau ujian berkala' COVID-19

Para pekerja di pusat beli-belah dan pasar raya serta pemandu teksi dan kereta sewa privet akan disertakan dalam rejim "vaksinasi atau ujian berkala" COVID-19 Singapura apabila ia bermula pada 1 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah, pasar raya antara sektor jalani rejim 'vaksinasi atau ujian berkala' COVID-19
Diterbitkan : 13 Aug 2021 11:46PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 11:50PM

SINGAPURA: Para pekerja di pusat beli-belah dan pasar raya serta pemandu teksi dan kereta sewa privet akan disertakan dalam rejim "vaksinasi atau ujian berkala" COVID-19 Singapura apabila ia bermula pada 1 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (13 Ogos).

Para pekerja penghantaran peringkat akhir, jurulatih sekolah memandu dan privet serta kakitangan barisan hadapan pengangkutan awam juga akan disertakan dalam rejim tersebut, yang pertama kali diumumkan minggu lalu.

Rejim "vaksinasi atau ujian berkala" memerlukan invdividu yang belum menerima suntikan vaksin di sebilangan tempat kerja untuk diuji bagi COVID-19 dua kali seminggu menerusi ujian pantas antigen.

Para pekerja yang sudahpun di bawah rejim itu termasuk mereka dalam sektor jagaan kesihatan, jagaan warga emas dan sekitaran kerja melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah. Ia juga termasuk mereka yang berinteraksi dengan pelanggan dalam sekitaran berisiko tinggi di mana pelitup dibuka seperti para pekerja di sempadan Singapura atau petugas barisan hadapan COVID-19 serta mereka dalam perkhidmatan awam, premis makanan dan minuman, gim dan studio kecergasan serta khidmat jagaan peribadi.

VAKSINASI BAGI PEMEGANG PAS JANGKA PENDEK

MOH juga menyatakan pada Jumaat bahawa Singapura akan membuka vaksinasi kepada pemegang pas jangka pendek yang berada di Singapura untuk "jangka panjang".

Langkah itu diambil selepas "sebilangan besar" rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang sudahpun divaksinasi, menurut kementerian berkenaan.

Pemegang pas jangka pendek yang layak akan dimaklumkan menerusi SMS secara bertahap-tahap mulai 18 Ogos, menurut MOH. Kementerian itu akan memberi perincian lanjut tentang kelayakannya.

LEBIH BANYAK KLINIK TAWARKAN VAKSINASI

MOH juga mengumumkan bahawa jumlah klinik persediaan kesihataan awam yang menawarkan suntikan vaksin di bawah program vaksinasi nasional akan ditambah kepada lebih 60 menjelang hujung Ogos, berbanding 44 sekarang ini.

Ini akan menjadikan suntikan vaksin lebih senang diakses dan mudah bagi warga emas untuk mendapatkannya, tambah kementerian itu.

Mulai 18 Ogos, semua rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang berusia 12 tahun dan ke atas juga boleh ke mana-mana poliklinik atau klinik yang menyertai program tersebut untuk mendapatkan suntikan pertama vaksin tanpa membuat janji temu.

MEMBANTU NEGARA-NEGARA JIRAN

Selain itu, Singapura juga akan membantu negara-negara jiran dengan menderma atau menukar ganti vaksin COVID-19 dengan negara-negara tersebut, dedah MOH pada Jumaat.

"Kita sudah mencatat kemajuan dalam program vaksinasi dan sidah mengetepikan bekalan vaksin yang mencukupi untuk keperluan segera kita," menurut MOH.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan