Skip to main content

Puluhan ribu orang banjiri masjid di Moscow pada Ramadan ini

Masjid-masjid di ibu kota Moscow, Rusia, semakin sesak dengan jumlah penganut Islam yang bertambah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 May 2019 09:01PM Dikemas Kini : 30 May 2019 12:01AM

MOSKO, RUSIA: Masjid-masjid di ibu kota Moscow, Rusia, semakin sesak dengan jumlah penganut Islam yang bertambah.

Sejak beratus tahun yang lalu, Moscow sudahpun ada ramai penduduk Islam.

Jumlahnya semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana bertambahnya pendatang asing.

Masjid Besar Moscow menjadi ikon Islam di Rusia, mencerminkan betapa ramainya bilangan penganut Islam di sini.

Maka tidak hairanlah, puluhan ribu orang membanjiri masjid ini semasa bulan Ramadan sekarang, sehingga melimpah ke luar masjid.

Empat tahun lalu, pemerintah Rusia membuka Masjid Besar Moscow untuk menampung tambahan 10,000 orang.

Tetapi sekarang, banyak permohonan untuk membina masjid masih ditolak kerana Datuk

Bandar Mosko berpendapat tidak perlu untuk membina lebih banyak masjid.

Satu laporan tahun lalu mendedahkan masalah perkauman yang bertambah terhadap para pendatang asing dari negara-negara Islam.

Gereja Ortodoks Rusia pula terus menguasai kehidupan beragama di negara itu.

Walau apapun, seorang imam di Rusia berpendapat masyarakat Islam di negaranya harus berpandangan positif.

Imam Marat Al Shabayev berkata orang-orang Islam Rusia harus proaktif dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dan lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan, orang-orang Islam harus mencerminkannya dalam kelakuan, tugasan, pembelajaran dan kehidupan mereka.

Meskipun pemerintah Rusia belum bersedia untuk membenarkan pembinaan lebih banyak masjid, para penduduk Islam sedia bersolat di kawasan-kawasan lapang, demi meneruskan kehidupan dengan damai.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita