Pulangkan pembayaran Dana Bantuan Sementara S$500 secara online
Individu-individu yang ingin memulangkan pembayaran Dana Bantuan Sementara S$500 kini boleh melakukannya secara online atau memulangkan cek yang diberikan, kepada salah sebuah Pejabat Khidmat Sosial.
SINGAPURA: Individu-individu yang ingin memulangkan pembayaran Dana Bantuan Sementara S$500 kini boleh melakukannya secara online atau memulangkan cek yang diberikan, kepada salah sebuah Pejabat Khidmat Sosial.
Ramai penerima sudah menghubungi talian khidmat pelanggan Comcare meluahkan hasrat untuk memulangkan wang tunai itu selepas pendapatan serta mata pencarian mereka tidak lagi terjejas.
Sesetengah daripada mereka sudah mendapatkan pekerjaan baru, sementara yang lain masih tetap dengan pekerjaan yang sama setelah majikan mempertimbangkan semula untuk menghentikan pekerja atau memberi cuti tanpa gaji.
Langkah ini diambil selepas pengumuman tentang peningkatan Skim Sokongan Pekerjaan yang menyediakan 75 peratus daripada gaji pekerja tempatan pada bulan ini.
Sejauh ini lebih daripada 300,000 orang sudah menerima pemberian wang tunai sekali sahaja itu.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee berkata mereka kini boleh melungsuri laman gov.sg, sekiranya mahu memulangkan wang tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.