Skip to main content

Iklan

Iklan

Puasa tapi berat badan tetap naik? Ini sebabnya

Setiap kali tibanya Ramadan, umat Islam akan mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan kepada Allah disamping menahan lapar dan dahaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Puasa tapi berat badan tetap naik? Ini sebabnya

Diet Mediterranean boleh menawarkan beberapa manfaat kepada kesihatan. (Gambar: Depositphotos)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 12:26PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

KUALA LUMPUR: Setiap kali tibanya Ramadan, umat Islam akan mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan kepada Allah disamping menahan lapar dan dahaga.

Berpuasa bukan sahaja mengingatkan kita kepada golongan tidak bernasib baik, namun ini adalah kesempatan terbaik melatih diri agar bersyukur dan pada masa sama berdiet.

Tapi, ada pula segelintir yang berat badannya tetap naik walaupun berpuasa. Sebenarnya situasi itu mungkin disebabkan tabiat pemakanan yang salah ketika berbuka serta keadaan tubuh.

1. Pengambilan gula berlebihan

Ketika berbuka puasa, kita memang akan cari makanan atau minuman yang mengandungi gula namun adalakanya pemilihan itu tak tepat.

Macam mana hendak kurus kalau ketika berbuka kita meminum segelas teh tarik dan makan sepinggan tepung pelita yang manis.

Itu baru berbuka, belum lagi makan selepas tarawih dan ketika bersahur.

Saat gula memasuki badan, ia mengeluarkan insulin dan semakin tinggi gula atau karbohidrat yang anda ambil, semakin tinggi kadar insulin dan lemak yang 'bertimbun' dalam badan. Mana tak gemuk, kan?

Sebaik-baiknya kawal pengambilan gula dan karbohidrat dan lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran ketika berbuka.

2. Kuantiti makanan

Biasanya ketika waktu sahur kita lebih cenderung untuk makan juadah lebih ringan dan mengambil makanan berat ketika berbuka puasa.

Makan pula tak berhenti malah penuh pinggan dengan pelbagai makanan yang berkalori tinggi.

3. Kurang pengambilan makanan prebiotik dan probiotik

Makanan bersifat prebiotik dan probiotik seperti yogurt, sayur-sayuran, bawang putih, minyak kelapa dan sebagainya sangat membantu sistem pencernaan kita.

Apabila Ramadan jenis-jenis makanan ini membantu mikroflora pada usus untuk mencerna makanan dan melindungi diri kita daripada bakteria dan kulat pada perut.

Bagi melancarkan sistem pencernaan dan menurunkan berat badan, pilihlah makanan anda dengan betul.

4. Kurang bergerak

Apabila berpuasa memang ramai daripada kita lebih cenderung untuk memperlahankan aktiviti melibatkan fizikal bagi menyimpan tenaga.

Tapi, kesannya memang akan menyukarkan usaha anda untuk menurunkan berat badan. Tidak salah bersenam ketika berpuasa asalkan anda tahu batas.

5. Tekanan

Tekanan menyebabkan badan kita melepaskan hormon kortisol yang membuatkan seseorang itu cenderung untuk mencari makanan manis dan tinggi kandungan lemak.

Jadi sebab itu, ketika berbuka, ada yang pilih makanan manis berbanding makanan sihat lain dan ini menyukarkan lagi impian untuk kurus menjelang Aidilfitri.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan