Proses undi rakyat S'pura di London, Washington bermula semalam
Proses mengundi bagi rakyat Singapura di luar negara bermula pada Khamis (9 Jul), yang pertama di Suruhanjaya Tinggi Singapura di London dan Kedutaan Singapura di Washington.
SINGAPURA: Proses mengundi bagi rakyat Singapura di luar negara bermula pada Khamis (9 Jul), yang pertama di Suruhanjaya Tinggi Singapura di London dan Kedutaan Singapura di Washington.
Seramai 6,500 rakyat Singapura sudah mendaftar untuk mengundi di luar negara.
Namun kali ini sebahagian pengundi agar sukar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kerana COVID-19.
Suruhanjaya Tinggi Singapura di London adalah satu-satunya tempat mengundi bagi rakyat Singapura di Eropah.
Sejak pagi lagi ramai rakyat Singapura telah datang ke situ untuk memilih para wakil mereka di parlimen baru nanti.
Seperti yang dilakukan di Singapura, Suruhanjaya Tinggi itu juga melaksanakan langkah-langkah pengurusan keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19.
Ia termasuk jarak selamat dan memeriksa suhu badan para pengundi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.