Skip to main content

Iklan

Iklan

Proses di kemudahan jagaan masyarakat COVID-19 sedang disemak setelah sebilangan pekerja jagaan kesihatan diuji positif

 Proses-proses dan langkah-langkah yang dilaksanakan di kemudahan-kemudahan jagaan masyarakat COVID-19 dan kemudahan-kemudahan pemulihan akan disemak semula setelah beberapa pekerja jagaan kesihatan dan relawan dijangkiti virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Proses di kemudahan jagaan masyarakat COVID-19 sedang disemak setelah sebilangan pekerja jagaan kesihatan diuji positif

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 May 2020 10:36PM Dikemas Kini : 08 May 2020 10:40PM

SINGAPURA: Proses-proses dan langkah-langkah yang dilaksanakan di kemudahan-kemudahan jagaan masyarakat COVID-19 dan kemudahan-kemudahan pemulihan akan disemak semula setelah beberapa pekerja jagaan kesihatan dan relawan dijangkiti virus tersebut.

Empat orang yang bekerja di kemudahan jagaan masyarakat Singapore Expo diuji positif virus korona setakat Khamis (7 Mei). Mereka termasuk seorang jururadiografi, dua jururawat dan seorang relawan jagaan kesihatan.

Dua pegawai kuarantin yang bertugas di beberapa dormitori pekerja asing juga sudah dijangkiti COVID-19.

Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana jangkitan itu berlaku - sama ada mereka dijangkiti oleh pesakit atau melalui interaksi dengan kakitangan yang lain.

"Dengan pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana jangkitan itu berlaku, ia akan membolehkan kita untuk membuat keputusan mengenai apakah langkah yang perlu dilaksanakan," menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat di sidang media oleh pasukan bertindak berbilang kementerian.

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang menyemak semula operasi untuk meneliti sama ada terdapat kelemahan pada langkah-langkah kawalan jangkitan.

Pengarah MOH bagi khidmat perubatan Kenneth Mark berkata bahawa pihak berkuasa juga "amat prihatin" terhadap kebajikan pekerja jagaan kesihatan yang terlibat dalam usaha menyokong pekerja asing di dormitori serta mereka yang bertugas di kemudahan jagaan dan pemulihan.

Bagi memastikan mereka dilindungi dengan secukupnya dan mematuhi protokol keselamatan, MOH akan bekerjasama dengan pasukan bertindak berbilang kementerian di dormitori-dormitori untuk menyediakan "latihan ulang kaji" jika perlu, kata Profesor Madya Mak.

"Semasa tempoh ini apabila dormitori dikenakan perintah berkurung dan kami mahu memastikan agar (pekerja jagaan kesihatan) dilatih dengan betul semasa menggunakan peralatan perlindungan peribadi masing-masing ... dan supaya mereka mematuhi dan menghormati langkah kawalan jangkitan yang sepatutnya dipatuhi itu," tambahnya lagi.

Terdapat juga "beberapa peningkatan pada proses-proses" yang sedang dijalankan seperti penggunaan hadangan fizikal dan mempertingkatkan lagi langkah jarak selamat, menurut Prof Madya Mak.

Beliau menekankan bahawa meskipun para pekerja jagaan kesihatan mungkin berdisiplin dalam melindungi diri mereka sendiri di tempat kerja, mereka juga mesti terus berwaspada dan mengamalkan langkah jarak selamat semasa mereka tidak bekerja atau ketika waktu rehat.

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa