Presiden Halimah: S'pura tidak harus ambil mudah perpaduan sosial
Presiden Halimah Yacob berkata Singapura tidak seharusnya mengambil mudah perpaduan sosial ditengah-tengah trend ketegangan agama dan kaum yang semakin meningkat di seluruh dunia.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura tidak seharusnya mengambil mudah perpaduan sosial ditengah-tengah trend ketegangan agama dan kaum yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Dalam perutusan Tahun Baru 2020 yang dimuat naik beliau ke laman Facebook beliau hari ini (27 Dis), Presiden Halimah mengucapkan terima kasihnya kepada para pemimpin agama dan masyarakat kerana usaha mereka dalam mengekalkan perpaduan masyarakat.
Beliau juga berkata, keadaan ekonomi yang tidak menentu mencetuskan kebimbangan mengenai kehidupan.
Maka itu, beliau mengingatkan, penting bagi rakyat Singapura untuk bekerjasama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi dengan berinovasi, meningkatkan kemahiran serta mendakap teknologi.
Presiden Halimah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru yang aman dan makmur kepada semua rakyat Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.