Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah hargai pengorbanan petugas kesihatan, keselamatan dan khidmat sosial sepanjang Ramadan

Presiden Halimah Yacob memberi sanjungan istimewa kepada kakitangan barisan hadapan dalam pesanan Hari Raya beliau tahun ini yang dimuat naik ke laman Facebook hari ini (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 May 2021 05:33PM Dikemas Kini : 12 May 2021 11:30PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob memberi sanjungan istimewa kepada kakitangan barisan hadapan dalam pesanan Hari Raya beliau tahun ini yang dimuat naik ke laman Facebook pada Selasa (11 Mei).

Presiden Halimah memuji kakitangan sektor jagaan kesihatan, keselamatan dan khidmat sosial atas kerja keras serta pengorbanan mereka sepanjang bulan Ramadan.

"Saya pasti ramai di antara kita yang kecewa kerana tidak dapat menyambut perayaan tahun ini dalam kumpulan yang besar. Kita mahu meraikan Lebaran ini dengan keluarga tersayang dan rakan-rakan dan menjamu hidangan raya bersama mereka. Namun saya harap kita terus sedar bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir," kata Presiden Halimah.

Tambah beliau, langkah-langkah lebih ketat diperlukan untuk menangani pandemik yang terus mengancam kesihatan.

"Saya berharap, kita semua faham langkah-langkah ini wajar untuk melindungi semua rakyat Singapura, memandangkan varian virus baru telah dikesan dan jumlah kes dalam masyarakat yang meningkat," ujarnya lagi.

"Kita perlu tetap berwaspada. Amalkan tanggungjawab sosial dan patuhilah langkah-langkah pengurusan selamat, semoga kita dapat melindungi diri kita dan orang-orang tersayang."

Puan Halimah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.  

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan