Skip to main content

Iklan

Iklan

Polis siasat lelaki dilaporkan tampar pekerja stesen minyak setelah diminta pakai pelitup

Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang didakwa menampar seorang atenden perkhidmatan di sebuah stesen minyak di Jervois Road setelah beliau menasihatinya agar memakai pelitup muka.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki dilaporkan tampar pekerja stesen minyak setelah diminta pakai pelitup

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 14 Apr 2020 09:17AM Dikemas Kini : 14 Apr 2020 09:19AM

SINGAPURA: Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang didakwa menampar seorang atenden perkhidmatan di sebuah stesen minyak di Jervois Road setelah beliau menasihatinya agar memakai pelitup muka.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Ahad sekitar pukul 5.50 petang.

Lelaki berusia 55 tahun itu kini sedang disiasat kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, menurut polis dalam satu kenyataan pada Isnin (13 Apr).

Siasatan menunjukkan wanita itu menasihati lelaki tersebut agar memakai pelitup muka sebelum masuk ke kedai di stesen minyak itu, tetapi dia enggan memakainya, menurut polis.

"Lelaki itu kemudian menjadi marah dan didakwa menampar muka wanita itu," menurut kenyataan itu lagi.

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Dengan keadaan COVID-19 di Singapura sekarang ini, pihak berkuasa telah menasihati orang ramai agar memakai pelitup apabila mereka berada di "persekitaran yang sesak". Orang awam kini diwajibkan memakai pelitup muka apabila menaiki pengangkutan awam dan di tempat-tempat seperti pasar dan pusat beli-belah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan