Skip to main content

Iklan

Iklan

Polis siasat dokumen palsu dalam permohonan Geran Sokongan COVID-19

Pihak polis sedang menyiasat dokumen-dokumen palsu yang dihantar bagi membuat permohonan untuk Geran Sokongan COVID-19, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Desmond Lee dalam satu catatan Facebook pada hari iini (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dokumen palsu dalam permohonan Geran Sokongan COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 May 2020 10:31PM Dikemas Kini : 31 May 2020 10:36PM

SINGAPURA: Pihak polis sedang menyiasat dokumen-dokumen palsu yang dihantar bagi membuat permohonan untuk Geran Sokongan COVID-19, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Desmond Lee dalam satu catatan Facebook pada hari iini (31 Mei).

Encik Lee berkata bahawa pihak MSF sudah menerima sebanyak 50,000 permohonan bagi geran itu, yang menawarkan sokongan kewangan bagi rakyat Singapura atau penduduk tetap yang pekerjaan mereka sudah terjejas akibat COVID-19.

Geran tersebut meliputi mereka yang kehilangan pekerjaan masing-masing, atau diberikan cuti tanpa gaji, atau mereka yang kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gaji akibat keadaan virus korona.

Rakyat Singapura yang layak akan menerima S$800 sebulan selama tiga bulan jika mereka juga komited untuk menerima sokongan pekerjaan dan latihan.

"Dalam memproses permohonan, kami mengesan tiga kes di mana dokumen-dokumen palsu dihantar," menurut Encik Lee.

MSF merujuk kes-kes itu kepada pihak polis setelah melaksanakan pemeriksaan latar belakang, dan pihak polis kini sedang menyiasat perkara itu, tambahnya.

"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengambil kesempatan atas skim bantuan. Percubaan untuk menipu sistem akan memperlahankan proses kami menghulurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan," kata Encik Desmond.

Pada 4 Mei, Menteri Negara MSF Sam Tan memberitahu Parlimen bahawa pihaknya sedang bekerja rapat dengan polis untuk menyiasat permohonan palsu bagi Skim Bantuan Sementara.

Skim itu memberikan wang tunai sekali S$500 kepada rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana yang kehilangan pekerjaan mereka atau pendapatan akibat COVID-19.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan