Skip to main content

Iklan

Iklan

PM Muhyiddin negatif COVID-19; perlu jalani kuarantin selepas pegawai dijangkiti COVID-19

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah disahkan negatif COVID-19 namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya selepas seorang pegawai yang hadir di mesyuarat yang diadakan selepas sidang Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Rabu lalu disahkan positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Muhyiddin negatif COVID-19; perlu jalani kuarantin selepas pegawai dijangkiti COVID-19

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 May 2020 08:46PM Dikemas Kini : 22 May 2020 08:49PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah disahkan negatif COVID-19 namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya selepas seorang pegawai yang hadir di mesyuarat yang diadakan selepas sidang Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Rabu lalu disahkan positif COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya menyatakan semua ahli mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu juga diarah supaya menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini (22 Mei).

“Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan ketat setiap masa.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan