Skip to main content

Iklan

Iklan

PKPB Labuan dilanjutkan sehingga 6 Dis

 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sepatutnya tamat pada Jumaat (13 Nov), dilanjutkan lagi bermula hari ini (14 Nov) sehingga 6 Disember ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
PKPB Labuan dilanjutkan sehingga 6 Dis

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 07:59AM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 08:13AM

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sepatutnya tamat pada Jumaat (13 Nov), dilanjutkan lagi bermula hari ini (14 Nov) sehingga 6 Disember ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana masih terdapat pertambahan 35 kes baru COVID-19 setakat semalam (13 Nov), menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Labuan sebanyak 1,135 kes.

“PKPB ini perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 serta memberikan ruang kepada petugas kesihatan untuk melaksanakan pengesanan kes secara aktif di kawasan bersasar yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi," katanya dalam sidang media harian semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di Labuan bermula 17 Oktober hingga 30 Oktober, yang kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga hari ini.

Sementara itu, Encik Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki, Kuching ditamatkan hari ini, lebih awal dari yang dijadualkan.

Katanya, ia berikutan kesemua keputusan ujian saringan makmal diperolehi semalam dan tiada lagi kes positif COVID-19 dikesan di kawasan itu sejak tujuh hari lalu.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Haji Baki bermula 28 Oktober hingga 10 November, sebelum dilanjutkan sehingga 24 November. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan