Pil COVID-19 kurangkan risiko masuk hospital sebanyak 50%: Merck
Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Merck merancang untuk membuat permohonan bagi kegunaan darurat pil antivirus COVID-19 keluarannya, molnupiravir, kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), dalam masa terdekat.
Kapsul ubat antivirus, Molnupiravir. (Gambar: AFP)
WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Merck merancang untuk membuat permohonan bagi kegunaan darurat pil antivirus COVID-19 keluarannya, molnupiravir, kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), dalam masa terdekat.
Ini selepas ujian klinikal yang dijalankan mendapati pil tersebut mungkin berkesan mengurangkan separuh risiko dimasukkan ke hospital termasuk terhadap koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit.
Kajian melibatkan sekitar 770 pesakit yang kesmeuanya disahkan mengalami simptom COVID-19.
7.3 peratus pesakit yang diberi pil molnupiravir selama lima hari dimasukkan ke hospital pada hari ke-29 berbanding 14.1 peratus yang diberi plasebo - mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak 50 peratus akibat COVID-19.
Cara rawatan mudah untuk menangani koronavirus giat diusahakan sejak bermulanya pandemik itu dan pengumuman dibuat Merck amat dialu-alukan sebagai langkah penting untuk mencapai matlamat tersebut.
Ketua penasihat perubatan kepada Rumah Putih Anthony Fauci,memberitahu wartawan: "Datanya sangat mengagumkan," sambil menekankan bahawa hasil ujian klinikal menunjukkan tidak ada kematian dalam kalangan pesakit yang menerima ubat tersebut berbanding lapan kematian dalam kumpulan plasebo.
AS sudah menempah 1.7 juta dos molnupiravir seandainya ia diluluskan dengan pilihan untuk membeli lebih banyak lagi.
Para pakar bagaimanapun mengingatkan bahawa meskipun ubat itu diluluskan, ia bukan penawar lengkap dan tidak harus menggantikan vaksin yang sudah terbukti berkesan menangani koronavirus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.