Skip to main content

Iklan

Iklan

Pfizer serah data penggunaan vaksin COVID-19 bagi budak 5-11 tahun

Pfizer dan BioNTech hari ini (28 Sep) menyerahkan data percubaan awal vaksin COVID-19 keluarannya bagi budak antara antara lima dengan 11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pfizer serah data penggunaan vaksin COVID-19 bagi budak 5-11 tahun

Gambar fail vaksin COVID-19 Pfizer. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 11:47PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 11:48PM

REUTERS: Pfizer dan BioNTech hari ini (28 Sep) menyerahkan data percubaan awal vaksin COVID-19 keluarannya bagi budak antara antara lima dengan 11 tahun.

Syarikat itu menyatakan ia akan membuat satu permintaan rasmi dengan pengawal selia Amerika Syarikat bagi kegunaan darurat pada minggu-minggu mendatang.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyatakan awal bulan ini, ia berusaha untuk menyelesaikan semakan datanya bagi kumpulan usia tersebut secepat mungkin, iaitu dalam masa beberapa minggu dan bukannya bulan.

Ini mungkin bermakna satu kelulusan untuk memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak menjelang hujung Oktober, sumber-sumber memberitahu Reuters.

Keputusan mengenai penggunaan vaksin ke atas kanak-kanak yang lebih kecil amat dinanti-nantikan oleh berjuta-juta warga Amerika kerana penularan jangkitan koronavirus melonjak dalam kalangan kanak-kanak sehingga mencapai tahap tertinggi pada awal September, menurut data oleh Akademi Pediatrik Amerika.

Vaksin itu, yang sudahpun diluluskan bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun dan diluluskan sepenuhnya bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas, menyebabkan tindak balas imun yang kuat bagi kumpulan usia sasaran itu dalam percubaan klinikal melibatkan 2,268 peserta, menurut syarikat itu pada 20 September.

Vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan bagi kumpulan usia 12 hingga 15 tahun kira-kira sebulan selepas syarikat-syarikat itu memfailkan bagi kelulusan.

Jika permohonan itu mengikut garis masa yang sama, kanak-kanak lebih kecil mungkin boleh menerima suntikan dos vaksin mereka seawal lewat Oktober.

Kelulusan yang cepat boleh membantu mengurangkan lonjakan berpotensi pada jumlah kes semasa musim luruh ini dengan sekolah-sekolah sudahpun dibuka di seluruh negara.

Meskipun kanak-kanak kurang rentan terhadap jangkitan COVID-19 yang teruk, mereka boleh merebakkan virus itu kepada orang lain termasuk penduduk yang mudah terdedah dan berisiko mengalami sakit teruk.

Syarikat-syarikat itu menyatakan ia merancang untuk menyerahkan data itu kepada Agensi Perubatan Eripah dan penguasa kawal selia lain. Mereka juga merancang untuk menyerahkan data daripada percubaan lengkap peringkat akhir itu bagi penerbitan kajian semula setara saintifik.

Para pengawal selia mengaitkan kedua-dua vaksin Pfizer kepada kes keradangan jantung yang jarang berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa muda, khususnya lelaki muda.

Pfizer menyatakan ia tidak menyaksikan sebarang kes keradangan jantung dalam kalangan peserta yang menyertai percubaan itu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan