Pfizer kenal pasti vaksin COVID-19 palsu di Mexico, Poland
Syarikat farmaseutikal Pfizer Amerika Syarikat sudah mengenal pasti dos vaksin COVID-19 palsu di Mexico dan Poland, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal.

Pekerja jagaan kesihatan memegang vakisn Pfizer-BioNTech. (Gambar: Behrouz Mehri/Pool via REUTERS)
MOSCOW: Syarikat farmaseutikal Pfizer Amerika Syarikat sudah mengenal pasti dos vaksin COVID-19 palsu di Mexico dan Poland, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal.
Di Mexico, kira-kira 80 orang telah menerima vaksin palsu di klinik dengan harga sekitar US$1,000 (S$1,330) setiap dos. Dos itu turut menggunakan label palsu.
Di Poland, dos palsu itu kemungkinan ialah ubat antikedut. Pihak berkuasa Poland berkata setakat ini belum ada yang menerima dos vaksin palsu itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.
Setakat ini, lebih 143.48 juta orang sudah dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 3.05 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.