Skip to main content

Iklan

Iklan

Pfizer, BioNTech mohon AS luluskan vaksin bagi budak 5-11 tahun

Pfizer Inc dan BioNTech meminta pengawal selia Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin COVID-19 keluarannya bagi penggunaan darurat untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menurut Pfizer dalam satu catatan Twitter pada Khamis (7 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pfizer, BioNTech mohon AS luluskan vaksin bagi budak 5-11 tahun

Picagari yang berisi vaksin COVID-19 Pfizer. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 09:44PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:46PM

WASHINGTON: Pfizer Inc dan BioNTech meminta pengawal selia Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin COVID-19 keluarannya bagi penggunaan darurat untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menurut Pfizer dalam satu catatan Twitter pada Khamis (7 Okt).

Permohonan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS itu dibuat ketika jangkitan COVID-19 melonjak dalam kalangan kanak-kanak, mencecah paras tertinggi pada awal September, berdasarkan data dari Akademi Pediatrik Amerika.

FDA sudahpun menetapkan tarikh 26 Oktober bagi penasihat luar untuk bertemu dan berbincang mengenai permohonan Pfizer itu, sekali gus membolehkan kanak-kanak mula menerima suntikan vaksin mereka tidak lama kemudian.

Kelulusan yang pantas boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlaku lonjakan kes jangkitan semasa musim luruh ini apabila sekolah dibuka di seluruh negara.

Vaksin itu, yang sudahpun dibenarkan bagi budak berusia 12 hingga 15 tahun dan diluluskan sepenuhnya untuk individu berumur 16 tahun dan ke atas, terbukti mendorong tindak balas imun yang kuat bagi kumpulan usia sasaran itu dalam satu ujian klinikal yang melibatkan 2,268 peserta, menurut syarikat-syarikat tersebut pada 20 September.

Vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun sekitar sebulan selepas syarikat-syarikat itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.

Walaupun kanak-kanak kurang terdedah kepada penyakit COVID-19 yang teruk, mereka boleh merebakkan virus itu kepada orang lain termasuk penduduk yang mudah terjejas dan lebih berisiko sakit teruk. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan