Persembahan secara langsung berskala kecil akan dicuba selepas dihentikan akibat COVID-19
Persembahan secara langsung mungkin dibenarkan semula tidak lama lagi.
SINGAPURA: Persembahan secara langsung mungkin dibenarkan semula tidak lama lagi.
Pihak berkuasa sedang membincangkan untuk mengadakan satu program perintis bagi persembahan-persembahan berskala kecil dahulu.
Persembahan secara langsung dihentikan sementara sebagai sebahagian daripada langkah-langkah membendung penularan COVID-19.
Sokongan tambahan juga disediakan bagi sektor seni dan budaya.
Ruang-ruang kerja bersama yang percuma seperti di Pusat Seni Goodman dan Stamford akan dibuka semula kepada para pekerja bebas dalam beberapa minggu akan datang.
Mereka juga boleh menyertai program dan webinar yang dianjurkan Hab Sumber Kesenian.
Selain itu Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan menyediakan geran operasi tambahan sebagai sebahagian daripada pakej Daya Tahan Seni dan Budaya bernilai S$55 juta yang diumumkan April lalu.
Geran tersebut akan menyokong kos operasi bagi pertubuhan-pertubuhan seni dan budaya serta sektor-sektor yang berkait rapat seperti media dan rekaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.