Skip to main content

Iklan

Iklan

Persaingan 3 penjuru mungkin berlaku di sekurang-kurangnya 5 kawasan undi

 Parti Kemajuan Singapura (PSP) meminta maaf kepada Parti Reform berikutan "salah faham" tentang parti mana antara dua parti itu yang harus bertanding di SMC Yio Chu Kang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jun 2020 08:53PM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 09:05PM

SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) meminta maaf kepada Parti Reform berikutan "salah faham" tentang parti mana antara dua parti itu yang harus bertanding di SMC Yio Chu Kang.

Pengerusi Parti Reform Andy Zhu berkata "persetujuan budiman" tidak dihormati oleh PSP bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Parti Reform mendakwa ia memberi laluan kepada PSP untuk bertanding di GRC West Coast.

Sebagai balasannya, Parti Reform akan bertanding satu lawan satu di Yio Chu Kang.

Namun Parti Reform kemudian mendapat tahu PSP akan juga bertanding di SMC itu.

Memberikan responsnya, Penolong Setiausaha Agung PSP Leong Mun Wai menekankan bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat antara kedua-dua parti.

"Kami terkejut mereka berkata terdapat persetujuan dan bahawa kami telah melanggar persetujuan. Bagaimanapun jika telah berlaku salah faham, saya ingin meminta maaf kepada (Encik Jeyaretnam) dan RP," kata Encik Leong semasa bercakap di sidang media yang mana PSP memperkenalkan barisan terakhir calon-calonnya bagi Pilihan Raya Umum kali ini.

Beliau berharap tiada lagi kecaman selanjutnya dibuat terhadap pemimpin parti Dr Tan Cheng Bok.

Perkembangan terbaru ini bermakna persaingan tiga penjuru mungkin terjadi di sekurang-kurangnya lima kawasan undi iaitu di GRC Pasir-Ris Punggol, dan empat SMC - MacPherson, Punggol West, Marymount dan Pioneer.

Apabila ditanya Mediacorp tentang salah faham dengan PSP semasa lawatan bertemu penduduk di GRC Ang Mo Kio pada Jumaat pagi, Encik Zhu enggan mengulas lanjut.

Dr Tan sebelum ini menyatakan PSP bersedia menghadapi persaingan tiga penjuru dan akan melakukannya sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan.

"Beberapa kawasan undi pernah ditandingi oleh parti politik lain... Namun saya rasa anda tidak boleh 'menempah' sebuah tempat," katanya sebelum ini. 

Sumber : CNA/TODAY/HK/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan