Permintaan ujian PCR di makmal lonjak 4 kali lebih banyak
Makmal yang menjalankan ujian COVID-19 sedang meningkatkan keupayaannya bagi memenuhi permintaan yang kini melonjak empat kali ganda.
SINGAPURA: Makmal yang menjalankan ujian COVID-19 sedang meningkatkan keupayaannya bagi memenuhi permintaan yang kini melonjak empat kali ganda.
Menurut pihak makmal, peningkatan itu berlaku sejak Singapura memasuki Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dua minggu lalu.
Ia disebabkan oleh ujian swab secara besar-besaran yang dilakukan bagi mengesan jangkitan dalam masyarakat.
Selain itu, perniagaan-perniagaan juga lebih berwaspada.
Syarikat penyedia khidmat jagaan di rumah, Jaga-me, kini menjalankan ujian COVID-19 setiap dua minggu ke atas para jururawatnya yang bertugas sepenuh masa.
Langkah-langkah pencegahan tersebut mula dilaksanakan pada awal bulan ini. Ia juga akan memperluaskan ujian koronavirus itu kepada kakitangan sambilan tidak lama lagi.
Meskipun mereka tidak diwajibkan menjalani ujian rutin berjadual, permintaan bagi ujian itu semakin meningkat dalam kalangan syarikat dan pelanggan.
Dengan kes-kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerja pembersihan baru-baru ini, sekitar separuh daripada syarikat-syarikat pembersihan yang ditemui Mediacorp menyatakan mereka sudahpun menerima permintaan daripada para pelanggan mereka supaya ujian lebih kerap dijalankan ke atas kakitangan pembersihan mereka.
Operasi swab, yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengawal jangkitan, juga menyumbang kepada bertambahnya jumlah ujian yang perlu dijalankan oleh makmal-makmal.
Maka itu, makmal-makmal sedang menggajikan lebih ramai pekerja di samping menambah peralatannya.
Sejauh ini, terdapat 27 makmal di Singapura yang menjalankan ujian PCR COVID-19.
Secara keseluruhannya, makmal-makmal tersebut boleh memproses sehingga 70,000 ujian setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.