Perenang Yip Pin Xiu mara ke pusingan akhir acara 100m kuak lentang S2
Perenang negara, Yip Pin Xiu meraih tempat pertama dalam pusingan kelayakan bagi acara 100 meter kuak lentang S2 di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu (25 Ogos), sekali gus melayakkan diri ke pusingan akhir.

(Gambar: Sport Singapore)
SINGAPURA: Perenang negara, Yip Pin Xiu meraih tempat pertama dalam pusingan kelayakan bagi acara 100 meter kuak lentang S2 di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu (25 Ogos), sekali gus melayakkan diri ke pusingan akhir.
Dalam kemunculannya untuk kali keempat di Sukan Paralimpik, juara dunia dalam dua acara itu mencatatkan masa 2:14.46 bagi pusingan kelayakan acara tersebut.
Yip akan mempertahankan mahkota kejuaraannya di peringkat akhir acara berkenaan yang akan berlangsung pada sekitar pukul 4.40 petang nanti.
Yip merupakan juara Paralimpik sebanyak tiga kali dan memegang rekod dunia bagi acara 50 meter kuak lentang S2 dan acara 100 meter kuak lentang S2.
Beliau memenangi dua pingat emas di Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro pada 2016, dan satu lagi di Paralimpik Beijing pada 2008.
Yip dinobat Olahragawati Terbaik 2021 di majlis penyampaian Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura pada awal bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.