Skip to main content

Iklan

Iklan

Perenang S'pura Toh Wei Soong mara ke peringkat akhir 50m gaya kupu-kupu S7

 Perenang Singapura Toh Wei Soong berjaya menempah tempat di peringkat akhir acara 50 meter gaya kupu-kupu S7 lelaki Sukan Paralimpik Tokyo sebagai perenang kedua terbaik menyusuli pusingan saringan pagi ini (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Toh Wei Soong mara ke peringkat akhir 50m gaya kupu-kupu S7

Toh Wei Soong beraksi dalam pusingan saringan acara gaya kupu-kupu pada pagi 3 Sep. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 10:31AM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 10:35AM

SINGAPURA: Perenang Singapura Toh Wei Soong berjaya menempah tempat di peringkat akhir acara 50 meter gaya kupu-kupu S7 lelaki Sukan Paralimpik Tokyo sebagai perenang kedua terbaik menyusuli pusingan saringan pagi ini (3 Sep).

Toh mencatatkan masa 29.90 saat di Pusat Akuatik Tokyo dalam pusingan saringannya, hanya didahului oleh perenang Amerika Syarikat Evan Austin dengan catatan masa 29.71 saat.

Atlit negara itu akan bersaing di peringkat akhir pada 5.00 petang ini (waktu Singapura).

Perenang 22 tahun itu adalah pemegang beberapa pingat emas Sukan Para Asia dan mewakili Singapura dalam tiga acara di temasya kali ini.

Beliau yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik, juga merupakan atlit Team Singapore yang terakhir untuk bertanding di Tokyo.

Sebelum ini, Toh menduduki tempat ke-7 dalam pusingan akhir acara 100 meter dan 50 meter gaya bebas S7.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan