Skip to main content

Iklan

Iklan

Perenang S'pura Toh Wei Soong layak ke pusingan akhir 50m gaya bebas lelaki

Perenang Singapura Toh Wei Soong layak ke pusingan akhir 50 meter gaya bebas S7 lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Toh Wei Soong layak ke pusingan akhir 50m gaya bebas lelaki

Perenang Toh Wei Soong berjaya mara ke pusingan akhir 50m gaya bebas lelaki. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 31 Aug 2021 01:55PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 01:58PM

SINGAPURA: Perenang Singapura Toh Wei Soong layak ke pusingan akhir 50 meter gaya bebas S7 lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (31 Ogos).

Atlit berusia 22 tahun itu menduduki tempat kelima pusingan saringan kedua dengan mencatat masa 29.01 saat di Pusat Akuatik Tokyo.

Beliau mencatat rekod peribadi, menyamai rekod negara, menurut Team Singapore dalam satu catatan Facebook. Toh, yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik, menduduki tempat kelapan secara keseluruhan menyusuli pusingan saringan itu. Pusingan akhir akan diadakan pada pukul 5.19 petang nanti (waktu Singapura).

Ini merupakan kali kedua Toh akan beraksi di pusingan akhir acara renang dalam tempoh tiga hari yang lalu. Pada Ahad (29 Ogos), beliau mendapat tempat ketujuh dalam pusingan akhir 400 meter gaya bebas lelaki.

Toh, yang memenangi beberapa pingat emas di Sukan Para Asia, mewakili Singapura dalam empat acara di Sukan Paralimpik Tokyo.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan