Skip to main content

Iklan

Iklan

Perenang S'pura Sophie Soon raih tempat ke-4 100m kuak dada wanita

Perenang negara Sophie Soon meraih tempat keempat dalam pusingan akhir 100 meter kuak dada SB12 wanita di Sukan Paralimpik Tokyo pada Rabu (1 Sep), hampir-hampir membawa pulang pingat.

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Sophie Soon raih tempat ke-4 100m kuak dada wanita

Sophie Soon beraksi dalam pusingan saringan kuak kupu-kupu. (Gambar: Tan Chuan-Jin/Facebook)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 08:12PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 08:15PM

SINGAPURA: Perenang negara Sophie Soon meraih tempat keempat dalam pusingan akhir 100 meter kuak dada SB12 wanita di Sukan Paralimpik Tokyo pada Rabu (1 Sep), hampir-hampir membawa pulang pingat.

Soon, yang membuat penampilan sulung di temasya itu mencatat masa 1:29:52 di Pusat Akuatik Tokyo.

Maria Carolina Gomes Santiago dari Brazil memenangi pingat emas dengan catatan masa 1:14:89, hanya beberapa saat di depan Daria Lukianenko yang mewakili Jawatankuasa Paralimpik Rusia yang mencatat 1:17:55. Yaryna Matlo dari Ukraine pula menduduki tempat ketiga dengan 1:20:31.

Perlumbaan itu adalah acara yang terakhir bagi Soon di temasya Paralimpik Tokyo, menurut Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura pada Selasa.

Soon bertanding dalam pusingan saringan 100 meter kuak kupu-kupu S13 wanita Rabu lalu dan menduduki tempat ke-18 secara keseluruhannya.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan