Percutian percuma bagi rakyat Indonesia untuk uji keberkesanan langkah cegah COVID-19
Bali akan melaksanakan satu rancangan untuk menggerakkan semula sektor pelancongannya.
(Gambar: Reuters)
BALI: Bali akan melaksanakan satu rancangan untuk menggerakkan semula sektor pelancongannya.
Selama tujuh minggu mulai bulan depan lebih 4,000 rakyat Indonesia akan dipelawa bercuti ke Bali dengan tawaran penginapan percuma tiga hari dua malam di hotel-hotel pulau dewata tersebut.
Rancangan tersebut bagi menguji keberkesanan langkah-langkah cegah COVID-19 yang dilaksanakan.
Para peserta 'ujian' itu akan diminta menampilkan "Bali normal baru" di media sosial.
Tahun lalu pulau peranginan Indonesia itu dikunjungi 6.3 juta pelancong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.