Skip to main content

Perbicaraan serangan 9/11 disambung semula selepas hampir 20 tahun

Lima lelaki, termasuk orang yang disyaki dalang serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September 2001, telah dihadapkan ke mahkamah tentera negara itu di Guantanamo Bay.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan serangan 9/11 disambung semula selepas hampir 20 tahun

Gambar fail Camp X-Ray Guantanamo Bay, Cuba pada 2002. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Sep 2021 05:54PM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 06:01PM

GUANTANAMO BAY: Lima lelaki, termasuk orang yang disyaki dalang serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September 2001, telah dihadapkan ke mahkamah tentera negara itu di Guantanamo Bay.

Prosiding praperbicaraan itu merupakan permulaan proses membawa mereka ke muka pengadilan, hampir 20 tahun setelah serangan yang membunuh sekitar 3,000 orang di New York, Pentagon dan Pennsylvania.

Khalid Sheikh Mohammad dan empat lagi tahanan dikenakan pertuduhan yang boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Fasa praperbicaraan itu tertangguh sembilan tahun, tertumpu kepada isu bahawa kesemua lima tahanan tersebut berulang kali didera oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) sejak mereka diberkas.

Penangguhan itu juga disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Semasa perbicaraan semalam (7 Sep), para peguam bela memohon agar kes tersebut dipindahkan ke mahkamah sivil.

Khalid Sheikh Mohammed telah mengaku bertanggungjawab bagi lebih 30 serangan atau merancang serangan pengganas selain daripada yang berlaku pada 11 September 2001.

Sumber : AFP/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita