Skip to main content

Iklan

Iklan

Perancis wajibkan semula pelajar pakai pelitup ke sekolah minggu depan

Pelitup muka akan diwajibkan semula di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayah Perancis berikutan kes baru COVID-19 sudah melepasi tahap amaran, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik jurucakap pemerintah Gabriel Attal pada Rabu (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis wajibkan semula pelajar pakai pelitup ke sekolah minggu depan

Para pelajar di sebuah sekolah di Perancis pada 18 Okt 2021. (Gambar: Thomas SAMSON / AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 01:43PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 01:51PM

PARIS: Pelitup muka akan diwajibkan semula di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayah Perancis berikutan kes baru COVID-19 sudah melepasi tahap amaran, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik jurucakap pemerintah Gabriel Attal pada Rabu (4 Nov).

Sebelum ini, sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

Encik Attal berkata di 39 jabatan berkenaan, kadar jangkitan melebihi 50 kes seminggu bagi setiap 100,000 penduduk.

Mengikut protokol yang diumumkan Kementerian Pendidikan, sesebuah sekolah yang mencatatkan kes kurang dari 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk selama lima hari berturut-turut, maka pelajar sekolah rendah tidak perlu memakai pelitup muka. 

Walaupun jumlah kes baru harian jauh lebih rendah, beliau berkata sebaik sahaja keadaan bertambah buruk, langkah kesihatan yang ditarik balik akan dikuat kuasa semula.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, terdapat 10,050 kes baru, 39 kematian dan 6,764 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan