Skip to main content

Iklan

Iklan

Perancis teruskan pilihan raya tempatan walau dibelenggu COVID-19

Perancis hari ini mengadakan pilihan raya tempatan di seluruh negara itu, meskipun krisis kesihatan disebabkan pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan ramai tidak keluar mengundi.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis teruskan pilihan raya tempatan walau dibelenggu COVID-19

Perancis teruskan pilihan raya tempatan walau dibelenggu COVID-19. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Mar 2020 10:00PM Dikemas Kini : 15 Mar 2020 10:14PM

PARIS: Perancis hari ini mengadakan pilihan raya tempatan di seluruh negara itu, meskipun krisis kesihatan disebabkan pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan ramai tidak keluar mengundi.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bertegas pilihan raya bagi memilih datuk bandar dan majlis bandaran perlu diteruskan bagi memastikan demokrasi di negara itu berterusan.

Meskipun mengumumkan sekatan baru semalam, termasuk penutupan tempat awam seperti kafe, restoran, panggung wayang dan gim, pusat mengundi di seluruh negara kekal dibuka sejak 8.00 pagi (0700 GMT).

Para pegawai menegaskan, pengundian akan dilaksanakan dengan keadaan kebersihan dikawal ketat, meskipun terdapat kebimbangan bahawa pusat pengundian adalah kawasan paling mudah untuk kuman merebak dan berisiko bagi individu lanjut usia.

Khamis lalu, Encik Macron memaklumkan, para saintis meyakinkannya bahawa ‘tiada yang dapat menghalang warga Perancis untuk mengundi’ asalkan setiap individu mengambil berat terhadap peraturan asas mengelakkan jangkitan.

Pihak majlis bandaran mengumumkan pelbagai langkah memastikan para pengundi bebas jangkitan. Ini termasuk operasi pembersihan kuman di ruang mengundi secara kerap, memastikan jarak selamat antara pengundi yang sedang beratur dan menyediakan gel membersihkan tangan di ruang masuk dan keluar.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan