Skip to main content

Iklan

Iklan

Penurunan sedikit kes COVID-19, bukan COVID-19 di ICU 'trend menggalakkan': MOH

Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) menyifatkan jumlah kes COVID-19 dan bukan COVID-19 yang turun sedikit di unit jagaan rapi (ICU) sebagai "trend menggalakkan" yang memberi "sedikit kelegaan".

Anggaran Waktu Membaca:
Penurunan sedikit kes COVID-19, bukan COVID-19 di ICU 'trend menggalakkan': MOH

Jabatan A&E di Hospital Tan Tock Seng Singapura. (Gambar: TTSH/Facebook)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 01:40PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 01:45PM

SINGAPURA: Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) menyifatkan jumlah kes COVID-19 dan bukan COVID-19 yang turun sedikit di unit jagaan rapi (ICU) sebagai "trend menggalakkan" yang memberi "sedikit kelegaan".

Bercakap di sidang media jawatankuasa bertindak berbilang kementerian mengenai COVID-19 pada Isnin (15 Nov), Profesor Madya Kenneth Mak berkata nisbah kes aktif COVID-19 di ICU sepanjang minggu sebelum ini adalah 0.94, "penurunan kecil dalam jumlah kes di ICU".

Beliau menambah bahawa bilangan keseluruhan kes aktif COVID-19 yang sakit teruk, diintubasi di ICU atau tidak stabil dan memerlukan pemantauan teliti adalah 121 setakat Ahad manakala terdapat 132 kes bukan COVID-19 yang sakit teruk di ICU.

Kadar penggunaan ICU secara keseluruhannya adalah sekitar 63.3 peratus, tambahnya.

"Ia memberi sedikit kelegaan, tetapi kita perlu melihat dan memerhatikan bilangan itu dengan teliti sepanjang beberapa minggu mendatang untuk melihat sama ada trend ini akan berterusan," kata beliau.

Sekiranya ia berlaku sedemikian, Profesor Madya Mak berkata beliau berharap pihak hospital dapat membenarkan lebih ramai kakitangan mengambil cuti dan mendapatkan "rehat yang sewajarnya".

Perangkaan yang dikeluarkan MOH setakat tengah hari Isnin itu menunjukkan 51 kes tidak stabil dan dipantau rapi di ICU serta 72 kes sakit tenat dan diintubasi. Kadar penggunaan ICU secara keseluruhannya pula adalah 63.6 peratus.

LEBIH RAMAI PESAKIT ICU BELUM DIVAKSIN

Di sidang media itu, Profesor Madya Mak juga berkata meskipun kapasiti ICU di SIngapura buat masa ini cukup untuk menampung kesemua kes teruk, perangkaan jelas menunjukkan manfaat vaksinasi dalam kalangan warga tua.

Merujuk kepada purata sepanjang tujuh hari kes COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk - bagi mereka lebih 60 tahun yang sakit tenat dan diintubasi di ICU - beliau berkata jumlah kes mereka yang belum lengkap divaksin "kekal tinggi" berbanding mereka yang divaksin sepenuhnya.

Bagi yang berusia lebih 70 tahun, mereka membentuk 45.8 peratus dalam kalangan 100,000 penduduk yang belum lengkap divaksin berbanding 6.4 peratus bagi setiap 100,000 yang sudah menerima dua dos vaksin.

Bagi golongan berusia antara 60 dengan 69 tahun, 49.7 peratus bagi setiap 100,000 belum lengkap divaksin berbanding 2.6 peratus dalam kalangan 100,000 penduduk yang sudah mendapat dua dos vaksin, tambah beliau.

Apabila mengambil kira purata sepanjang tujuh hari bagi jumlah kematian untuk setiap 100,000 penduduk berusia lebih 70 tahun pula, kadar kematian adalah 13.7 peratus bagi setiap 100,000 dalam golongan itu yang tidak lengkap divaksin berbanding 1.6 peratus dalam kalangan mereka yang menjalani vaksinasi sepenuhnya, kata Profesor Madya Mak.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan