Skip to main content

Iklan

Iklan

Penularan terkini COVID-19 terus merebak di New Zealand; jumlah kes naik kepada 21

Penularan baru COVID-19 di New Zealand semakin besar. Jumlah kesnya sudah bertambah kepada 21 setelah lagi 11 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini (19 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan terkini COVID-19 terus merebak di New Zealand; jumlah kes naik kepada 21

Suasan lengang di Lambton Quay pada hari pertama perintah berkurung untuk mengekang penularan COVID-19 di Wellingtong, New Zealand, pada 18 Ogos 2021. (Gambar: Praveen Menon/REUTERS)

Diterbitkan : 19 Aug 2021 04:41PM Dikemas Kini : 19 Aug 2021 04:44PM

WELLINGTON: Penularan baru COVID-19 di New Zealand semakin besar. Jumlah kesnya sudah bertambah kepada 21 setelah lagi 11 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini (19 Ogos).

Semua kes baru itu dikesan di bandar Auckland dan satu daripadanya tidak terkait dengan pesakit-pesakit sebelum ini.

Pihak berkuasa bimbang keadaan penularannya akan bertambah buruk.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata penjujukan genom kes-kes positif sekarang menunjukkannya mirip dengan virus seorang lelaki yang pulang dari Sydney pada 7 Ogos lalu.

Beliau disahkan positif COVID-19 dua hari kemudian.

Pemerintah New Zealand akan mengumumkan esok kemungkinan melanjutkan tempoh sekatan ketat tiga hari yang dikuatkuasakan sejak semalam.

 Hanya sekitar 23 peratus daripada lima juta penduduk New Zealand sudahpun lengkap divaksin sejauh ini iaitu kadar terendah dalam kalangan 38 anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan