Skip to main content

Iklan

Iklan

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS lulus kit uji sendiri COVID-19

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kit uji sendiri COVID-19, alat pertama seumpamanya di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS lulus kit uji sendiri COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 09:35AM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 09:38AM

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kit uji sendiri COVID-19, alat pertama seumpamanya di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Dengan kit ujian lengkap itu, pengguna boleh mengambil sampel dan melakukan ujian sendiri menggunakan alat swab serta bekas khas. Dalam masa hampir 30 minit, keputusan dapat diketahui sama ada seseorang itu positif COVID-19 menerusi lampu yang dipaparkan pada kit itu, menurut kenyataan FDA pada Selasa (17 Nov).

FDA menyatakan, kit ujian itu yang dihasilkan Lucira Health, diberikan kelulusan untuk orang awam berusia 14 tahun ke atas membuat ujian sendiri jika mereka disyaki oleh pihak berkuasa kesihatan dijangkiti COVID-19.

Kit itu juga boleh digunakan di kemudahan kesihatan seperti ruang kecemasan atau hospital dan digunakan ke atas semua peringkat umur. Bagaimanapun, bagi mereka yang berusia 14 tahun ke bawah, sampel masih perlu diambil oleh pihak berkuasa kesihatan.

"Sebelum ini, kebenaran sudah diberikan bagi membolehkan sampel diambil di rumah, namun ini adalah kit pertama yang membolehkan individu membuat ujian sendiri dan terus mendapat keputusan," kata Pesuruhjaya FDA, Stephen M Hahn.

Buat masa ini kit pakai buang itu hanya diberikan menerusi preskripsi pegawai kesihatan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan